Wednesday, January 5, 2011

MURAHNYER ILMU GAYONG.............

Murah di sini bukan bermaksud bayar 50 sen dapat belajar ilmu Gayong,tapi NILAI ilmu itu diMURAHkan oleh MURAHguru2 gayong yg menjadikan ilmu gayong ini sumber pendapatan mereka. Itu belum cerita kesahihan ilmu tersebut......entah betul entah tidak (kebanyakannya hanyalah ilmu menyusul zahir semula).... apa yang penting gunakan pengaruh yg ada (itu pasal kena pegang jawatan tinggi dan bengkong yg berchula2),maka bolehlah war war di seluruh malaysia yg mereka2 ini akan mengadakan kursus2 tertentu. Kini,peringkat bengkong bukan hal yg utama utk belajar,yg penting fulusnya.....bayar rm200-300 bolehlah ikuti kursus termasuklah ilmu2 yg telah digariskan sulit utk jurulatih2.

Bagi pendapat aku pulak,selain daripada fulus,mereka2 ini seolah2 berlumba2 utk bersaing yg guru dan gelanggang (pusat latihan) mereka adalah yg terbaik yakni mampu mengajar pelajaran2 tertinggi gayong seperti seni yoi,seni cendai,sundang,rajawali,selayang pandang dan kipas nandung..... Lu semua ingat ini pelajaran bapak lu punya ka?Arwah Mahaguru dah gazetkan ada pelajaran terbuka dan ada yg sulit...... tapi aku sebenarnya xkisah sket pon sbb setakat ini pelajaran2 yang disebutkan di atas xde sekor pon yg mengajar pelajaran yg original dari arwah Mahaguru...... semuanya adalah REKAAN sendiri yg merupakan pelajaran "ilmu menyusul zahir semula" oleh Murahguru2 gayong tu. Aku hanya tersenyum jer bila melihat kembali video2 mereka2 ni mengajar.....lawak dan semestinya lawak........

Seperkara lagi yg nak aku sampaikan kat sini, ada juga kes yg sorang mamat ni yg mengaku belajar habis ngan arwah Mahaguru. La ni dialah yg menjadi idola geng2 Perak dan Selangor........level dah hampir cam Ketua Pengarah Tertinggi Gurulatih2 Gayong Sedunia disebabkan mamat ni mampu utk mengajar pelajaran2 sulit gayong.Tanya apa sahaja kat dia,pasti mamat ni boleh ajar. Memang taraf Dewa.........Siapa dia? Korang carilah sendiri...........siapa yg pi umah dia dapat makan landak tu tahulah siapa gerangan mamat ni........ oppps terlebih suda (cam stacy cakap)

Aku la ni dalam usaha untuk kenal geng muda yg bakal diangkat jadi Murahguru2 masa hadapan. Banyak dalam list aku sbb mereka2 ni famous dalam dunia maya ni...... bila cakap mengalahkan guru2 kanan. Cam mereka ni tahu semua. Seolah2 mereka2 ni hidup dan berjuang dalam zaman arwah Mahaguru. Sebenarnya ada pro dan kontra nyer. Mungkin mereka2 ni betul2 memahami perjuangan dan sememestinya ramai yg hanya jadi hero dalam dunia internet jer........yang akan mengambil alih jawatan2 Murahguru yang ada sekarang......

Tuesday, January 4, 2011

BILA AKU ORANG LAMA DALAM GAYONG.........

Bila aku orang lama dalam gayong.........

1. mesti korang semua kena respect pada aku.....
2. akulah orang yang kena pegang jawatan yang tinggi dalam pertubuhan
3. aku belajar ngan arwah Mahaguru ( 2-3 tahun jer ), jadi aku xmau ikut silibus kebangsaan dan aku memang xsetuju penyeragaman silibus digubal.Lebih2 lagi xambil aku sebagai ahli panel.......
4. orang muda xboleh lebih daripada aku sebab aku orang lama.  sampai bila2 pon korang xakan aku iktiraf pelajaran korang lebih pada aku.
5. jangan sesekali nak tunjuk pandai dalam gayong bila bercakap dengan aku.Korang mesti respect kat aku sebab time aku mula belajar dulu korang pun belum lahir lagi.ada faham!

Persoalannya,
1.Adakah senioriti itu melambangkan ilmu penuh di dada?
2. Adakah senioriti itu juga menjadikan orang itu hebat dalam mentadbir?
3. Adakah generasi baru dianggap biadab bila melontarkan idea2 bernas utk pembangunan & pengembangan ilmu
4. Adakah tak mungkin sama sekali generasi muda lebih baik daripada generasi2 senior?
5. dan banyak lagi soalan2 yang patut tuan2/puan2 soalkan...............