Wednesday, October 27, 2010

ROKOK dan MURAHGURU..........

Ini satu hal yang memang meluat aku tengok.....diantara hitam 6 pssgm ada tergolong Murahguru2 yang sikapnya amat biadap dan tak jaga sahsiah diri. Ramai juga yang MEROKOK......apa MEROKOK? kenapa MEROKOK pun nak kecoh2 ni???????merokok ni bukannya HARAM kan.....lagipun ianya dah menjadi adat org lelaki di malaysia ni menghisap rokok. Inilah isu yang nak aku utarakan dalam blog aku kali ini.

Kalau dulu zaman ADMAR, siapa yang hisap rokok terutamanya dalam kursus Gayong.....dimaki secukup hati dan silap2 dihalaunya dari mengikuti kursus tersebut. Betapa seorang Mahaguru yang benar2 untuk mendidik anak2 Gayong semua agar dapat menangkis sebarang perkara2 yang negatif terhadap diri dan masyarakat. Maknanya anak2 Gayong bukan hanya mampu untuk menangkis sebarang serangan dan asakan musuh, tetapi termasuk juga mampu untuk menangkis anasir2 dan pelakuan2 yang negatif seperti MENGHISAP ROKOK.Semua yang berfikiran WARAS maklum yang merokok ini banyak yang negatif berbanding positifnya.

Tapi yang paling mengecewakan,ada segelintir Murahguru yang tanpa segan silu menghisap rokok di depan anak2 Gayong yang masih mentah dan ada yang masih belum akil baligh.Apa kejadahnya menonjolkan suatu perbuatan negatif tersebut di depan anak2 Gayong ini sedangkan mereka2 ini amat memandang tinggi kepada Murahguru2 berchula 6 ini.

Cadangan aku lah, Majlis Gurulatih perlu buat satu garis panduan. Tiada kompromi buat penghisap2 rokok. Kita sahut seruan kerajaan TAK NAK pada ROKOK........Bengkong Hitam buat anak2 Gayong yang cukup pelajaran dan mempunyai Sahsiah yang murni maknanya tiada ruang utk penghisap Rokok,samseng2, yang tinggal solat,kaki pompuan,kaki minum dsbnya..............

Tapi usaha ini memang mustahil utk dilaksanakan.......sbabnya terdapat segelintir Murahguru2 ini yang memegang jawatan dalam Majlis Gurulatih adalah penghisap ROKOK.....manusia2 yang tewas dengan agenda YAHUDI...............mengelak serangan musuh mmg hebat....siap ada Rajawali,Yoi, Kipas Nandung, Belian, Cendai, Sundang.......tapi dengan sebatang rokok.....alamak! kantoi dan terus rebah menyembah bumi..........

Saturday, October 23, 2010

NASAB ILMU........Di mana Kesinambungannya?

Dalam menuntut ilmu, NASAB ILMU amat penting agar segala ilmu yang kita perolehi itu ada mendapat barakah daripada Guru2 terdahulu yang hampir kebanyakkan adalah daripada Para Wali yang bersambung Nasabnya dengan Nabi kita SAW dan para Sahabat Baginda........Tidak terkecuali juga ilmu2 Persilatan Melayu. Banyak amalan Wirid dan Doa diturunkan sebagai pakaian diri para pesilat. Dan wirid2 serta doa tersebut seboleh2nya di akad oleh guru2 yang benar2 mendapat tauliah ilmu agar ianya tidak terputus di pertengahan jalan.Persoalannya, dalam ilmu persilatan Silat Seni Gayong, masih ada lagikah Guru yang ditauliah yang mampu mengijazahkan sebarang ilmu2 peringkat tertinggi dalam Silat Seni Gayong termasuk Upacara Adat tertentu?

 Hal ini bukannya boleh dilantik sesuka hati atau melalui majoriti dalam Mesyuarat.....ianya perlu ada Baiah diantara Guru yang Bertauliah kepada pewarisnya.......dengan lain perkataan perlu ada LAFAZ AKAD dan TERIMA secara langsung atau tidak........

Siapa GURU dalam Silat Seni Gayong ini yang telah DITAULIAH dan MAMPU untuk mengijazahkan kepada murid2 Gayong akan segala ILMU dan AMALAN WIRID2 GAYONG? Yang pastinya Lembaga Waris Amanah bertujuh itu bukannya dilantik melalui AKAD TERIMA dari Pemegang Amanah sebelum ini........hanya dari persetujuan dari mesyuarat yang diadakan secara terlepas mulut yang hanya dihadiri oleh AJAK PUSAT PSSGM shj..........

Dalam soal Perlimau Tapak/Seni juga sudah hilang puncanya apabila AIR GAYONG yang digunakan bukanlah berpunca dari Sumber Air Gayong yang sebenar.......jgn ambik air longkang sudah lah...........Belum lagi diperincikan Pengijazahan Khatam 70 ribu Qulhu dan pelbagai Majlis Khatam yang lain......

Sebagai contoh amalan Gayong yang popular seperti AYAT 9........Siapa yang mendapat TAULIAH untuk mengijazahkan kepada murid2 Gayong yang lain. Aku cabar kepada MURAHGURU2 sekalian agar tampil untuk mengulas maksud dan siapa itu " +++++++ abu Hanifah " tersebut. Dan yang terpenting, bagitau susur galur ilmu ini di ambil......dengan siapa ADMAR akad dan dengan siapa Guru pada ADMAR akad dan sampailah seterusnya.................





Thursday, October 21, 2010

SISTEM BENGKONG yang CARCA MARBA

Asal sistem bengkong diperkenalkan oleh ADMAR adalah utk memastikan susunan pelajaran dan tingkatan jurulatih menjadi lebih tersusun dan sistematik. tapi la ni semuanya dah jadi carca marba. ada yang putih dan hijau berchula.....ada yang kuning berbelang merah....ada yang hitam berbelang merah & ada jug berbelang kuning.....itu baru pasal bengkong secara fizikalnya.belum lagi masuk bab bagi bengkong pada yang bukan berhak dan layak. Aku malas dah nak komen pasal anak gayong yang tanpa diuji tapi dianugerahkan juga bengkong. Yang aku nak komen kali ni pasal manusia2 yang muka nya langsung xtahu malu.Aku kadang2 tu tergelak sorang2 bila mengira jumlah manusia yang sudah hampir bertaraf Mahaguru......maksud aku yang memakai Hitam Chula 6. Di Selangor dan KL saje dah lebih 10 org.....belum lagi di Kelantan dan negeri2 lain. Siapa mereka2 ini sampai tergamak nak lilit bengkong tertinggi bg yang bertaraf murid Gayong ni? Yang aku peliknya,mereka2 ni tak pernah belajar dengan ADMAR dan guru mereka pun xhabis belajar ngan ADMAR (xdapat pun hitam ngan ADMAR) tapi siap boleh kasi hitam chula 6 pada org lain. Ada akai ke? Kalau xpercaya tanyalah MurahGuru di Selangor dan di Kelantan tu....mereka ni antara MurahGuru yang memiliki murid bertaraf hitam teramai di Malaysia dan Serantau......Bila mereka belajar dgn ADMAR? kalau belajar pun sampai putih ke hijau?dapat hitam ngan sapa?berguru ngan sapa?Fikirkanlah wahai anak2 Gayong sekelian......kalau seorang yang bertaraf MurahGuru ini boleh diiktiraf sebagai Gurulatih Tertinggi negeri bagaimana masa depan pelajaran dan originality pelajaran Silat Seni Gayong? Lu org fikirlah sendiri.........

Cuba ambik contoh pusaka Gayong.Berapa org yang pakai hitam chula 6?kalau xsilap saya xlebih dari 5 org. Kenapa? sbb mereka2 inilah sebagai indicator pemegang ilmu Gayong. Org2 yang first hand dgn ADMAR dan telah ditauliah sendiri oleh ADMAR utk memakai bengkong hitam 3,4 atau 5.......

Aku nak tanya korang semua, apa ada pada bengkong semua tu?bukannya korang dapat bengkong hitam,maka korang jadi hebat......silap2 bila sparring dgn bengkong merah pun ada yang xlepas.........itu merah...kalau bengkong putih?bukan kah jatuh maruah semua pemegang bengkong hitam satu Malaya ni?

Betul juga cakap Pendita MUFTi....pendita?aku rasa belum layak utk gelaran tu.....aku panggil cg jer lah. Cg Mufti pernah keluarkan statement yang kini semakin tinggi bengkong maka semakin besarlah lilitan lemak pada perot2 anak Gayong.....ringkasnya gemok dan boroi........ada betulnya statement ini. Zaman ADMAR dulu yang terima hitam semua badan fit dan tegap. Tapi bila dah lama2 tu barulah tumbuh lemak2.....itu lain cerita.Maknanya time dapat hitam badan mereka betul2 mantap dan sesuai utk memakai bengkong tertinggi tu. Tapi sekarang dapat kuning pun kalau melompat 5 org pun dah xlepas. Apatah lagi yg terima hitam. Ingatlah....dahlah korang bukan terima dan diiktiraf oleh yang sepatutnya untuk dapat hitam chula 6 tu......at least biarlah tubuh fizikal tu pun sesuai utk peringkat bengkong tersebut. Kalau dah tubuh macam badak air......korang boleh fikir sendirilah....merendahkan martabat Silat Seni Gayong jer.....mat salleh dok gelak jer kat kita.Kalau aku jentik telor penyawa mereka2 ni dan aku lari sekuat hati...mana ada nak mengejar nyer. Gerenti semput dan menanggung malu..........plus senak beb..........

Aku bukannya suka2 nak lontarkan isu ini. Tapi lu org semua cuba buka mata luas2 dan fikir dengan sewaras2nya. Betulkah sistem bengkong pssgm sekarang ni telus dan selari dgn kehendak ADMAR atau mmg pun ianya dah jadi Carca Marba............pahtu satu lagi......bagaimana cara nak atasinya?


Wednesday, October 20, 2010

Salam buat semua pembaca blog yang budiman...........

Assalamualaikum.........

Pertamanya,aku nak ucap tahniah buat diri aku sbb pada hari ini berjaya juga aku wujudkan blog Jabat Syahadah yang akan melontarkan pandangan dan kritikan buat anak2 Gayong yang kini dalam KEBINGUNGAN.........sekadar jadi PAK TURUT............terlalu EMOSIONAL.......ADAT dibuang ke longkang...........MENCIPTA-CIPTA buah Gayong dan claim ambik dari ADMAR............tergila2kan BENGKONG dan SANDANG...........dan pelbagai lagi ISU yang PANAS-PANAS.

Aku bukannya apa,tapi kesiankan anak2 muda generasi baru ni yang terkapai2 tak tentu hal.......habis duit beratus2 ringgit...dan ada sampai beribu2 ringgit untuk dapatkan ilmu Gayong tetapi sebenarnya kena kelentong jer oleh Wak-wak yang meletakkan diri atau Mengiktirafkan diri sendiri sebagai Gurulatih2 Terhebat dalam Silat Seni Gayong ini...........sekurang2nya melalui Blog ini membuatkan diorang terbuka mata dan hati mereka akan situasi sebenar yg mereka sedang alami..........JOM kita bongkar!!!!!!!!!