Thursday, October 21, 2010

SISTEM BENGKONG yang CARCA MARBA

Asal sistem bengkong diperkenalkan oleh ADMAR adalah utk memastikan susunan pelajaran dan tingkatan jurulatih menjadi lebih tersusun dan sistematik. tapi la ni semuanya dah jadi carca marba. ada yang putih dan hijau berchula.....ada yang kuning berbelang merah....ada yang hitam berbelang merah & ada jug berbelang kuning.....itu baru pasal bengkong secara fizikalnya.belum lagi masuk bab bagi bengkong pada yang bukan berhak dan layak. Aku malas dah nak komen pasal anak gayong yang tanpa diuji tapi dianugerahkan juga bengkong. Yang aku nak komen kali ni pasal manusia2 yang muka nya langsung xtahu malu.Aku kadang2 tu tergelak sorang2 bila mengira jumlah manusia yang sudah hampir bertaraf Mahaguru......maksud aku yang memakai Hitam Chula 6. Di Selangor dan KL saje dah lebih 10 org.....belum lagi di Kelantan dan negeri2 lain. Siapa mereka2 ini sampai tergamak nak lilit bengkong tertinggi bg yang bertaraf murid Gayong ni? Yang aku peliknya,mereka2 ni tak pernah belajar dengan ADMAR dan guru mereka pun xhabis belajar ngan ADMAR (xdapat pun hitam ngan ADMAR) tapi siap boleh kasi hitam chula 6 pada org lain. Ada akai ke? Kalau xpercaya tanyalah MurahGuru di Selangor dan di Kelantan tu....mereka ni antara MurahGuru yang memiliki murid bertaraf hitam teramai di Malaysia dan Serantau......Bila mereka belajar dgn ADMAR? kalau belajar pun sampai putih ke hijau?dapat hitam ngan sapa?berguru ngan sapa?Fikirkanlah wahai anak2 Gayong sekelian......kalau seorang yang bertaraf MurahGuru ini boleh diiktiraf sebagai Gurulatih Tertinggi negeri bagaimana masa depan pelajaran dan originality pelajaran Silat Seni Gayong? Lu org fikirlah sendiri.........

Cuba ambik contoh pusaka Gayong.Berapa org yang pakai hitam chula 6?kalau xsilap saya xlebih dari 5 org. Kenapa? sbb mereka2 inilah sebagai indicator pemegang ilmu Gayong. Org2 yang first hand dgn ADMAR dan telah ditauliah sendiri oleh ADMAR utk memakai bengkong hitam 3,4 atau 5.......

Aku nak tanya korang semua, apa ada pada bengkong semua tu?bukannya korang dapat bengkong hitam,maka korang jadi hebat......silap2 bila sparring dgn bengkong merah pun ada yang xlepas.........itu merah...kalau bengkong putih?bukan kah jatuh maruah semua pemegang bengkong hitam satu Malaya ni?

Betul juga cakap Pendita MUFTi....pendita?aku rasa belum layak utk gelaran tu.....aku panggil cg jer lah. Cg Mufti pernah keluarkan statement yang kini semakin tinggi bengkong maka semakin besarlah lilitan lemak pada perot2 anak Gayong.....ringkasnya gemok dan boroi........ada betulnya statement ini. Zaman ADMAR dulu yang terima hitam semua badan fit dan tegap. Tapi bila dah lama2 tu barulah tumbuh lemak2.....itu lain cerita.Maknanya time dapat hitam badan mereka betul2 mantap dan sesuai utk memakai bengkong tertinggi tu. Tapi sekarang dapat kuning pun kalau melompat 5 org pun dah xlepas. Apatah lagi yg terima hitam. Ingatlah....dahlah korang bukan terima dan diiktiraf oleh yang sepatutnya untuk dapat hitam chula 6 tu......at least biarlah tubuh fizikal tu pun sesuai utk peringkat bengkong tersebut. Kalau dah tubuh macam badak air......korang boleh fikir sendirilah....merendahkan martabat Silat Seni Gayong jer.....mat salleh dok gelak jer kat kita.Kalau aku jentik telor penyawa mereka2 ni dan aku lari sekuat hati...mana ada nak mengejar nyer. Gerenti semput dan menanggung malu..........plus senak beb..........

Aku bukannya suka2 nak lontarkan isu ini. Tapi lu org semua cuba buka mata luas2 dan fikir dengan sewaras2nya. Betulkah sistem bengkong pssgm sekarang ni telus dan selari dgn kehendak ADMAR atau mmg pun ianya dah jadi Carca Marba............pahtu satu lagi......bagaimana cara nak atasinya?


89 comments:

  1. Kuasa dan Gah mengatasi segalanya..
    kena buat upacara "Last Man Standing" untuk mengatasinya

    ReplyDelete
  2. salam.mohon beri pandangan di blog jabat syahadah :)
    adapaun apa yg saudara/cikgu tulis di post ini benar belaka, dan sememangnya inilah yg terbuku di hati saya. kita pernah tgk mcm mana guru2 lama masa diorg dapat hitam cula dr admar, badan mengalahkan body builder semuanya. x ada yg perut besar. bab ini saya setuju sgt2.

    beberapa perkara yg saya ingin kongsi di sini, sistem bengkung mmg yg ada sekarang mmg carca marba. namun begitu apa yg sy tahu bengkung boleh diterima atas beberapa jalan, antaranya melalui ujian dan anugerah. kalau melalui ujian, susah untuk disangkal bengkung tersebut. kalau melalui anugerah, mmg banyak yg boleh dipertikaikan, jadi agak kurang sesuailah diberi bengkung secara anugerah melainkan atas dasar2 atau tujuan tertentu.

    antara perkara yg saya kagum dgn gyg pusaka ialah QC (quality control) mereka. yg menerima hitam badan semuanya tegap2 dan kalau berdemo, mengalahkan harimau di rimba. pada pengalaman sy, kalau selain gyg pusaka, mmg kita x akan dpt tgk yg bengkung hitam ni berdemo. even yg kuning pun bila dah bersandang, bersampin, bertengkolok emas, asik duduk tepi n bg arahan sahaja. xpernah nk tunjuk skill mereka.
    bg yg selalu tgk youtube, kita sendiri boleh tgk perbezaan permainan dsn kualiti permaianan antra gyg pusaka dan gyg yg lain. hijau gyg pusaka berdemo lebih tangkas, lincah dan hebat drpd yg berbengkung kuning gyg lain. ilmu sama, kualiti berbeza. boleh check youtube dan nilai sendiri permainan mereka
    walaupn sy xpernah join gyg pusaka, tp saya kagum dan respect dengan QC mereka, xmcm gyg yg lain.

    tetapi bab kuning berbelang merah tu saya ada kenal sorg cikgu yg admar sendiri berikan kepada beliau kuning cula merah. tp tu admaar bg la, skrg ni sepatutnya dah x wujud lg bengkung2 seperti tu slps pemergian admar.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. Satu pandangan yang berani dan membuka minda. Ini satu cabaran kepada pewaris ilmu gayong kini.
    Namun benarkan saya membetulkan sedikit fakta berkaitan jumlah yang menerima bengkung hitam 6 dalam gayong Pusaka. Jumlahnya lebih dari 5 orang dan antara pemegangnya bukanlah anak murid Dato meor malah tak pernah pun dapat pelajaran dari tangannya.
    Mereka ini orangnya low profile dan sangat jarang memakai bengkung ini. Malah boleh saya katakan mereka ini generasi ketiga selepas Pak Andak dan abang Jebat.
    Saya bukan orang yang aktif bersilat, namun saya suka bertanya jika saya tidak tahu terutamanya untuk mendapatkan kepastian bagi mengelakkan fitnah dan perselisihan. Betulkan jika saya tersilap.
    Teruskan usaha saudara dan selamat menaikkan Silat Gayong sehingga ke taraf seperti zaman Dato Meor dan melahirkan pesilat yang berkualiti seperti anak-anak muridnya. Maaf mencelah, nama saya izharuddin,selamat berkenalan.. :)

    ReplyDelete
  4. Hitam chula 6 bagi aku xperlulah terlalu ramai.... sbb mereka ini sebagai punca atau rujukan ilmu buat anak2 Gayong semua. Kalau dah ada sampai hampir 50 org......lepas ni kena wujudkan pula hitam chula 6 gred A,B dan C....kan payah tu.......atau Hitam Chula 6 yang Original dan Hitam chula 6 anugerah....

    ReplyDelete
  5. bg saya, kalau dh mmg layak hitam 6 tu mmg patut diwar2kan kepada anak2 gayong yg lain. low profile bukanlah alasan untuk xnk war2kan hal mcm ni sbb golongan hitam 6 ni yg akan jadi rujukan. kalau still 'low profile' dan misteri, mcm mana nak dijadikan rujukan?
    itulah antara masalah gayong ni, terlalu low profile, kadang2 sampai tahap yg x sepatutnya. low profile mmg bagus, tp ada tahapnya.

    ReplyDelete
  6. Salam...saudara panji alam...

    Hubungi saya tapakyoi@gmail.com
    Shakirin Ahmad Bakary 0195588707
    Ahli PSSGM Negeri Perak

    Tentang bengkung...jangan cepat melatah...

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya bagi mereka yang aktif dan rajin bertanya tahu dan kenal akan guru-guru muda yang low profile ni. Mereka mungkin segan kerana tahap bengkung mereka sama atau mungkin ada yang lebih tinggi dari guru mereka sendiri.

    Jika kita rajin belajar dan merendah diri, kita pasti akan berjumpa dengan mereka-mereka ini. Ini kerana ada sebahagian orang yang segan atau malu mungkin juga bangga diri untuk bertanya pada orang muda begini. Jadi takkan pula mereka nak menonjolkan diri mereka, kita la kena kenal dan cari mereka. lagipun masih ada ramai guru lama yang masih aktif bersilat dan kita pun kurang berminat nak cari guru-guru muda begini.

    Jika ada program maka mereka terpaksa juga memakai bengkung ini kerana tanggungjawab bukan nak berbangga. Wallahualam

    ReplyDelete
  8. Mengenai jumlah mereka yang layak menerima sesuatu bengkung bagi saya yang pertama adalah kita lihat pada usaha mereka. Yang rajin dapat, yang malas melepas.

    Yang kedua jumlah ahli. Katakan ahli gayong di kawasan A ada 50 orang dan ada seorang bertaraf guru, di kawasan B ada 150 ahli, takkan nak dirujuk pada seorang juga? Sempat ke guru tu menunjuk ilmu jika dia sendiri bekerja?

    Katakan di sekolah yang ada 1800 murid, seorang guru dinisbahkan 50 orang murid, maka jumlah guru adalah 36. Di sekolah lain murid ada 100 orang, maka nisbahnya 2 orang guru sajalah.

    Ini bagi saya sistem yang baik. Sistem yang tidak kena adalah kita nak letak 36 guru untuk murid berjumlah 100 orang dan 2 guru untuk 1800 pelajar.

    Patah Tumbuh Hilang Berganti.. wallahualam

    ReplyDelete
  9. Salam. maaf jika saya tersalah menggunakan perkataan. Saya bimbang Allah murka atas perkataan menyakitkan hati yang saya gunakan. Azab Allah tiada terperi pedihnya. Ilmu silat yang dimiliki takkan mampu menangkis siksaan hari akhirat walau berapa culapun dimiliki.

    Cuma saya berfikir tiada salahnya. Kerana ilmu itu hak Allah dan Dia boleh bagi kepada siapapun yang Dia mahukan. Kalau ilmu dia dah ada, dan itulah penilaian pemberian bengkong, maka layaklah dia terima.

    Seperti Imam Syafie yang diangkat sebagai Imam mazhab kerana bertaraf Mujtahid Mutlak, walhal tarafnya itu setara dengan gurunya Imam Malik. Dan kedua-dua guru ini bukanlah sahabat yang belajar sendiri dari Baginda Rasullullah s.a.w. Allah yang memiliki ilmu dan Dia berhak berikan kepada sesiapapun.

    wllahualam.

    ReplyDelete
  10. Betul apa yg dikatakan oleh fakir al banjari....tp itu soal ulama yg telah diketahui umum.....tinggi ilmu agamanya. La ni kita bincang dalam soal pertubuhan...soal organisasi.mmg urusan dunia tapi xboleh juga kita biarkan sahaja kalau itu dah jd tanggungjawab kita.dan satu lagi murahguru2 tersebut mmg diketahui sejarah ilmu Gayong mereka. di mana tahap mereka.

    *gelojak jiwa....kamu kena faham,aku cite tentang hitam chula 6 perlu dikawal blangannya....bukan soal nak mengajar....bengkong hitam bagi setiap negeri dah cukup memadai........chula1,2,3,4,5.....cuma chula 6 tu perlulah dikawal supaya ianya sebagai indicator pelajaran gayong itu sendiri.

    ReplyDelete
  11. sy stuju jika bilangan hitam 6 dikawal dan diselia sebaik mungkin. cuma tak ada gunanya jika kita menghamun atau marah kepada mereka2 yg dh terima hitam 6 ini (samada layak atau tidak) kerana tidak akan membawa apa2 kebaikan.
    mungkin pada kita guru muda yg low profile itu layak, tetapi kita sendiri tidak tahu sejauh mana 'layak'nya mereka. kita tak punya kayu pengukur untuk hitam 6, dan itu yg jadi salah satu maasalhnya.

    tapi ramai guru yg pesan kt saya (baik yg muda mahupun tua), bengkung ni x ada apa pun, jangan kejar bengkung. tapi adakah kita sedar, sebab bengkunglah kita berpecah?(^^;)

    ReplyDelete
  12. Benar kata chek det,kita memang takkan tahu jika kita tak ukur. Sbb tu saya kata kita kena kenal mereka2 yang begini dan bukannya mengukur dengan mendengar-dengar sahaja. itulah yang saya kata boleh menimbulkan perselisihan dan fitnah jika kita tidak mendapatkan fakta sebenar.

    Jadi apa kata kita kenal dulu mereka-mereka yang kita anggap 'handal' ini dan jangan sekadar mendengar sahaja. Jangan kita lupa,orang2 yang kita cuba 'ukur' ini juga telah melahirkan ramai pesilat-pesilat berkualiti dan hebat-hebat.

    Saya faham keresahan yang dialami oleh penulis, namun penulis menyatakan sistem,dan saya juga menerangkan dari segi sistem. Sistem mungkin kurang tepat,namun yang tak kena ialah jika kurang memahami sistem.

    Jika saya salah maafkan saya,saya bukan hendak berkasar atau menghina sesiapa,saya cuma berharap Gayong bersatu padu dan mencari persefahaman bukannya perselisihan.wallahualam

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya murahguru2 yang berchula 6 ini pun kalau diminta senaraikan ilmu diperingkat bengkong hitam pon xmampu utk menyatakan apa pelajaran yg perlu diajar.Sbb nya mereka sendiri kebanyakannya hanya menerima anugerah semata2..... yang menambahkan lagi barahnya bila ilmu xcukup dan dicukupkan dengan menambah2 dan mencipta sendiri pelajaran2 yang xtahu hujung pangkal.......dgn tujuan menunjukkan yg mereka ni ada ilmu yang org lain xdapat.

    ReplyDelete
  14. tahniah atas usaha mengutarakan isu-isu yg dpt menaikkan taraf gayong walaupun sensitif!
    ilmu yg berkat datang dgn keikhlasan...mengejar pangkat, warna bengkung utk status ibarat menipu diri sendiri...amalan zikir al-ikhlas belum khatam..ayat2 perang pun tak kenal..tapi pakai bengkung hitam??? pikir-pikirkanlah.

    ReplyDelete
  15. Sedara hakimi,aku bukannya bercakap atas dasar sedap rasa dan mencipta-cipta isu utk disensasikan. Segala isu yang akan diutarakan disini adalah berdasarkan pengalaman hampir 20 tahun aku dalam dunia beladiri ini termasuklah berjumpa dan menemuramah secara xlangsung Murahguru2 yang aku perkatakan ini......... Bila terbaca blog ini,Murahguru tersebut mungkin diam kerana dah terkena batang hidung sendiri dan terbukalah pekung di dada mereka, cuma nya anak2 buahnya yang masih berhingus yang akan cuba sedaya upaya mempertahankan darjat dan maruah Murahguru2 mereka......apapun suatu hari nanti diharapkan agar anak2 Gayong hingusan ini akan dapat berfikir secara tenang dan mendapat suatu kenyataan yang tepat lagi benar........InsyaAllah

    ReplyDelete
  16. Saudara-saudaraku…..

    Ingatlah amanah Allah ini…

    Firman Allah Taala : Ayat 11 Surah Al-Hujrat yang bermaksud:

    “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim”.

    Saya nak cadangkan ilmu Agama Islam dijadikan sebahagian sebagai silibus WAJIB dalam Gayong. Supaya :

    1. Setiap ahli sedar betapa beratnya amanah memakai bengkung, yang akan dipersoal di akhirat
    2. Setiap ahli menjaga adab agar tidak menghina dan menggunakan gelaran yang buruk sesama Muslim. Sedar bahawa menyakitkan hati orang lain tak membawa ke arah penyelesaian.
    3. Setiap ahli sentiasa komited menambah ilmu tanpa mengira siapa gurunya, dan dari siapa dia belajar. Dan sedar bahawa murid boleh dijadikan lebih hebat dari gurunya oleh Allah s.w.t.
    4. Setiap ahli menghormati gurunya secara wajar, dan tidak terlalu taksub dengan kelebihan gurunya. Sedar bahawa gurunya juga manusia yang punya kekurangan
    5. Setiap ahli merendah diri dengan ilmunya dan gurunya, karana sedar yang Maha Hebat hanya Allah sahaja
    6. Menyedari Kesepakatan ramai lebih baik dari pandangan individu, walaupun dia individu terhebat. Nabi Muhammad pernah meminggirkan pandangannya dan mengikut persetujuan mesyuarat
    7. Menjadikan Islam sebagai cara hidup, dalam segala fikiran, keputusan dan tindakan

    Ini sekadar cadangan saya yang baru 20 tahun lebih dalam silat

    ReplyDelete
  17. Salam...sudah saya beritahu...hubungi saya...atau kita berjumpa..sebagai sahabat...jika benar mengenali saya dan mengenali semua 'Murahguru' yang tuan hamba pertikaikan...mari kita buat perjumpaan berjumpa mencari penyelesaian bukan pergaduhan...Tiada siapa yang rugi tiada siapa yang untung.. Insya Allah...fakir al banjari adalah salah seorang guru saya dan juga gelojakjiwa..mereka ini guru saya...

    tapakyoi@gmail.com
    0195588707

    ReplyDelete
  18. tapak yoi guru sy...
    murah rezeki cikgu tapak yoi...

    ReplyDelete
  19. Rasanya xperlulah aku berjumpa korang semua.... sbb aku pun pernah jumpa korang sebelum ini. Korang risik2 ngan Murahguru korang dulu apa yang aku perkatakan ini.Siasat betul tak apa yang aku utarakan ini.Gunakanlah pemikiran yang matang dan waras.....jgn terlalu taksub ngan Murahguru2 tersebut.... Satu lagi tambahan berkenaan Murahguru2 ini, sewaktu zaman Allahyarhamah cg Kalsom masih hidup, mereka dah kata macam2......langsung xde respect kepada Pemegang Amanah yang diwariskan oleh ADMAR...... Daripada jumpa aku baik korang pegi jumpa Wak Adi minta diselesaikan kes2 silam antara dia ngan Pak Andak ataupun selesaikan kes Surat Wasiat arwah Cg Kalsom tu.....lagi berbaloi...... Kenapalah sempit sgt pemikiran LWA pssgm ni.....Perdana Gayong pun xboleh nak jemput Pak Hussein, Pusaka Gayong, Gayong Warisan sama Gayong Serantau........kalau sungguh kata nak kuat perlu bersatu sekurang2nya kehadiran mereka2 ini boleh menjadi titik awal ke arah penyatuan yg lebih erat di masa hadapan.....jgn sesekali memperlekehkan guru2 lama yang pernah bersama2 menaikkan nama Gayong di persada dunia.walaupun kini mereka bukan lagi sehaluan,namun jasa mereka sepatutnya perlu dihargai.....akhirnya tinggallah Murahguru2 yang syok sendiri dalam pssgm ini.........

    ReplyDelete
  20. penah jumpe??
    waaahh~~~ sy minta maaf la..
    sy x perasan... huhu~
    lainkali lau perasan mohon tegur2 menegur la..
    huhu...

    ReplyDelete
  21. Saya amat setuju pandangan tuan Panji tentang Gayong Perdana di atas. alangkah baiknya jika begitu.

    Tapi saya nak tegur juga berterus terang dengan tuan, tindakan tuan menggunakan gelaran Murahguru tidak selari dengan ajaran Islam berdasar ayat Al-Quran dalam komen saya di atas.

    ReplyDelete
  22. bru mendapat berita, AL-FATIHAH.......CIKGU SHUIB, Pengerusi Adat Negeri Kedah (Gelanggang Pengkalan Lebai Man, sg.petani Kedah)

    maaf berbicara, dari gaya penulisan cikgu panji alam saya dapat lihat seolah2 cikgu panji alam mendapat info tentang guru2 bercula 6 ini dari mulut ke mulut dan bukannnya dari guru bercula 6 ini sendiri. saya respect tindakan saudara tapak yoi untuk mengadakan pertemuan antara cikgu panji alam dan cikgu2 bercula 6 supaya maksud dan mesej yg ditulis dlm blog ini terus direct sampai kepada pihak berkenaan (guru bercula 6).

    kalau hanya ditulis di sini, mmg ramai boleh baca, tapi adakah mesejnya akan sampai kepada pihak yg dimaksudkan? something to think of :)

    ReplyDelete
  23. Panji Alam...mari kita berjumpa...mari kita bersua muka...kita mengadap kiblat yang sama...kita ada Allah Yang Esa...

    :) saya suka berkawan...

    ReplyDelete
  24. Gelojak Jiwa, saudara Fakir, wan wak lotong juga suka berkawan..mereka sahabat yang baik..saya selalu belanja dieorang makan...tapi saudara Fakir pun rajin belanja orang....hehehe

    ReplyDelete
  25. saya saksi
    kata2 saudara tapak yoi adalah benar...
    dan sy mengenali beliau....
    beliau adalah sebahagian guru sy...
    saudara panji alam.... x salah kita bersua..
    mari berkongsi.. mungkin ada jalan penyelesaian antara kita... mungkin juga titik pertama tuk kite berubah.

    Hijrah Itu Pengorbanan
    Hijrah Itu Perjuangan
    Hijrah Itu Persaudaraan
    Hijrah Membentuk Perpaduan ...
    insyaAllah

    *pssttt: tapak yoi slalu banje kiteorg mkn, sok juga kami smpai, minta dia banje lg... sedap gaks mkn buah pelebat aritu... hahaha

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum.

    sudah2 la tu wahai kwn2...jika beliau ingin,beliau boleh mencari dan mengenali sendiri 'murahguru' yg disebut2..bkn berkata mengikut mulut dan pemerhatian dr jauh..

    seperkara lg..kami bknlah murid yg taksub terhadap guru..malah kami diajar agar mencari guru2 ln oleh guru kami..tidak kira dr gayong malaysia,pusaka atau pasak singapura..(itu persatuan yg mendapat restu oleh ADMAR semasa beliau masih hidup).kami semua pn tahu kisah cg Adi dgn pak ndak..kisah ini bkn sy dgr2,tetapi dicerita sendiri oleh tuan bdn..kami juga tahu pasal surat itu..tp apa gunanya saudara panji bising2 disini?diajak bersua saudara menolak..maka,apa yg saudara inginkn?percayalah,jika begini shj,tindakan saudara sia2..ada permulaan tetapi tiada penyelesaian..

    kpd rakan2 yg ln..cukuplah sudah penglibatan kita disini..tumpukan semula pd portfolio kita

    ReplyDelete
  27. go go go power rangers.....
    bertuka menjadi kamen riders...
    wakaka wakaka wakaka wakaka~~

    ReplyDelete
  28. hehehe..latihan malam ini bukit pekan..bukit pekan..Alhamdulillah ahli bertambah lagi..ahli dewasa lelaki dan wanita...

    Ya Allah! Permudahkanlah urusan kami...Amin

    ReplyDelete
  29. tapak yoi...
    bila nk bersua ni...
    gelang sikulang kulang...
    gelang melompat sama ...
    sayang mari bersayang...
    agar ukhwah kembali bersama....

    hahaha~~~ pening aku dh pening..~

    ReplyDelete
  30. Murahguru di dalam blog ini merujuk kepada Guru2 Gayong yang putar alam dan membelakangkan adat. Aku xpernah menyebut nama siapa2 pun,jd kenapa tiba2 melenting2 & menyalak2 xtentu pasal.... kalau betul apa yang sedara buat selama ini....go ahead....xpayah takut dengan suara dari blog ni...Blog ini hanya untuk membongkar kepincangan dan ketidakkeruan dalam sistem dan martabat guru di dalam silat seni gayong.......

    *adakah seni yoi tu hanya sekadar langkah,tapak dan buah?

    ReplyDelete
  31. Idea panji hebat, cara panji hebat, cuma ayat panji saya tak setuju. itu sahaja. setiap orang berhak punya anggapan sendiri, tapi bila meluah, kita ada adab dan budi.

    kawan-kawan lain tak takut dengan kata-kata tuan panji, tapi bagi pandangan sebab tuan buka ruang. janganlah marah kerana kita berbeza pandangan. Tuan yang minta pandangan, biasa la orang lain tak sependapat dengan kita. tak payah la nak kata orang lain menyalak tu. menyalak tu untuk anjing. jangan samakan Muslim serendah itu.

    Cikgu-cikgu saya sekalian, rindu saya pada Pak Andak Majid sama Abang Bad. Kena usahakan cepat sikit kita ke Gurun.

    ReplyDelete
  32. Diajak bertemu tidak mahu,
    Tidak Mengapa kerana manusia selalu begitu,
    Chula 6 bukan ukuran berguru,
    Namun Ikhlas guru Allah yang tahu,

    Murahguru mahaguru,
    Sekadar istilah tak perlu seteru,
    Murahguru bermurah hati mencurah ilmu
    Alhamdulillah pada mu Allah ampunkan dosa guru-guruku

    ReplyDelete
  33. Dari awal lagi aku dah pesan.....cuba hayati setiap apa yang aku utarakan ini dgn tenang dan waras....barulah sedara2 semua dapat menerima segala kebenaran yang tercoret di dalam blog ini.......

    * Tidak semua perkara dapat diselesaikan hanya dengan pertemuan........

    ReplyDelete
  34. yaa benar berfikir secara waras n tenang....
    tapi kenapa pula saudara panji alam yg tidak waras bila berkata...
    kenapa ada perlu kata2 kasar?
    jikalau saudara seorang yg berkata benar...
    adakah perlu tuk mengeluarkan kata2 kasar...
    cth:

    Murahguru di dalam blog ini merujuk kepada Guru2 Gayong yang putar alam dan membelakangkan adat. Aku xpernah menyebut nama siapa2 pun,jd kenapa tiba2 melenting2 & menyalak2 xtentu pasal....

    kenapa perlu ada "menyalak"....
    kenapa perlu ada perkataan itu....
    waras atau tidak mengeluarkan kata2 itu...
    ish ish ish..

    teringat kata2 laksamana sunan...
    dendam itu bara,
    marah itu api,
    api itu syaitan.....

    saudara panji alam ni.. benar benar hebat
    hebat hebat belaka tuan hamba ini.....
    huhu huhu huhu huhu

    mohon undur diri...
    lalalala lalalala lalala
    sambil memandang ke langit... melihat awan..
    "awan, jikalau dapat ku capai maka saktilah hamba".....................

    huhu~~~ hahaha hahaha
    wakaka wakaka

    ReplyDelete
  35. Wak lotong...kita bersabar sahajalah...kita ikut cara kita yang tidak mudah melatah kerana guru kita mengajar kita untuk bersabar..Insya Allah

    ReplyDelete
  36. Banyak perkara yang Allah telah tunjukkan, dengan bersabar maka segala kebuntuan telah ditunjukkan...Mak Ngah di Ipoh telah menunjukkan satu pengajaran nyang baik kepada saya sendiri..walaupun tidak mengenalinya secara detail tetapi sikap sabar beliau berjaya merungkai segala masalah..dan yang salah Allah telah tunjukkan...JADI SAHABAT..BERJUANGLAH DENGAN IKHLAS DAN SABAR...Alhamdulillah...Guru hamba di UPSI juga pernah diuji dengan pelbagai ujian, Alhamdulillah beliau masih bersabar dan sentiasa profesional...Alhamdulillah..Alhamdulillah

    ReplyDelete
  37. haa haaa?? haaaa?? haa???
    ape?? aaaaa??
    insyaAllah.... mohon panji alam bertemu dgn kami..
    kita berbincang semolek2 yer...
    moga kita mendapat kata sepakat...
    moh kite.... moh ler....!! membina ukhwah...

    ReplyDelete
  38. Insya Allah panji alam..mari berjumpa kami..kita ceritakan apa sebenarnya...Insya Allah

    ReplyDelete
  39. Bahasa Jiwa Bangsa.....kalau dah orang negeri hang Tuah.... kata2 makian dan mencarut tu sarapan pagi kami jer. Kalau masuk kandang kambing mengembek.......jadi kalau dah masuk dalam blog Jabat Syahadah......terpaksalah dengar mengikut rentak aku. Kalau xnak baca pun xde masalahnya........Apa yang penting aku tulis apa yang benar berlaku dalam dunia Silat Seni Gayong ni.......biar dibongkar segala muslihat Murahguru2 ini..........

    ReplyDelete
  40. ohhh.... sebegitu rupa yer...
    makian n mencarut tu sarapan kamu....
    huhu~ mcm besh je... maki n mencarut...
    besh erk? huhu~

    boleh je bongkar, bercerita serta meluahkan
    tp biar dgn cara yer..
    penuh adab, beradat, bersopan dan budi pekerti....
    saudara panji alam sendiri telah mengatakan bahasa jiwa bangsa... xkan saudara panji alam pun cakap x serupa bikin?? jgn la mcm tu.. huhu....
    nk tegur org lain tp diri sndiri mcm org2 tu jugaks... mcm mn ni?? mcm mn kita nk mengubah sesuatu perkara sedangkan kita sendiri tidak berubah? ermm....
    huhu~

    sy minta maaf ye, jikalau kata2 sy membuat hati saudara terguris.... sm2 kita mengorak langkah ke dunia baru, cara baru seiring dengan perjuangan kita.... huhu
    sama2 beringat antara satu sama lain...
    huhu~~ huhu~~ huhu~~ huhu~

    jom panji alam... pekena teh tarik dlu.... huhu~

    ReplyDelete
  41. Benar pada saudara...fitnah kepada kami...Tanggunglah fitnah yang anda lemparkan kepada guru-guru...

    "Sesungguhnya fitnah itu lebih dasyat dari membunuh"

    Mahaguru hanya Allahyarham Dato Meor, kami hanya berguru..dan anda melemparkan fitnah pada guru kami tentang kedudukan beliau sebagai Hitam Chula 6...guru kami tidak pernah meminta...tetapi beliau diberi atas usaha beliau...Insya Allah..jika guru kami membaca blog ini, beliau hanya tersenyum dan hanya mengungkap Alhamdulillah...beliau guru yang baik..tidak pernah beremosi kerana beliau sayangkan Gayong...dan kami adalah gelanggang Tok Jenai...Asal balik ke Asal..kerana ini amanah Arwah Cikgu Kalsom kepada kami.. Jika terbuka hati..jemputlah ke gelanggang kami di UPSI...kami terbuka untuk semua...Insya Allah

    ReplyDelete
  42. Kami sentiasa tenang dan waras...dengan adanya rakan-rakan seperti saudara fakir, saudara shah(pusaka gayong),gelojak jiwa, tgn besi, wak lotong kami sentiasa tenang...kerana sifat sabar ini kami bertemu kawan...kami kini mengembangkan gayong bersama PSSGM Perak, Mak Ngah, Pak Ngah Izhar dll..walaupun guru kami PSSGM Selangor..kami mempunyai hubungan baik dengan Cikgu Shah..(Pusaka Gayong Gurun) serta Pak Andak Majid dan guru kami sendiri adalah ahli Gayong Pasak Singapura...kami tahu apa yang berlaku...tapi kami tidak diajar mencari seteru...kami terus berkhidmat dalam Gayong seperti biasa...kami bangga dengan guru-guru lama seperti Pak Ngah Izhar, Cikgu Nordin, Cikgu Sidik, Cikgu Rani malah Pak Andak Majid yangs entiasa tenang...jadi SIAPA SEBENARNYA GAYONG? Panji Alam tolong jawab..

    ReplyDelete
  43. fitnah ke tu?
    erm.... dikire fitnah ker mcm tu cikgu tapak yoi?

    ReplyDelete
  44. ok... sy beri laluan...
    Alpha Charlie Charlie
    73 Cario bubye....~~~

    ReplyDelete
  45. PANJI ALAM, masuk kandang kambing mengembek... betul tu

    Jadi, duduk di bumi Allah ni, hidup atas ehsan Dia, hidup guna badan yang Dia beri, kena la ikut cara Dia. Dah Dia kata jangan berburuk sangka, jangan menghina, jangan guna gelaran yang tak baik, ikut sahajalah. tak payah nak ambil kira orang Melaka ke orang mana pun. semua bumi Allah. Datang dari dia balik ke Dia.

    Allah ada firmankan yang lebih kurang maksudnya, "Kalau tak suka dengan peraturanNya, kau boleh buat apa sahaja, tapi carilah dunia yang lain, yang bukan milikNya.

    Satu hari nanti, jika saudara Panji Alam miliki cukup ilmu dan kelayakan, saya sokong saudara dapat bengkong Cula 6. Adalah biasa murid menjadi lebih hebat berbanding gurnya.

    Mungkin saudara kecewa dengan guru bercula 6 yang hebat tetapi semakin dipinggir seperti Cikgu Amin? kerana semakin ramai bercula 6?

    ReplyDelete
  46. Aku pun sudah lali dgn manusia yg mempergunakan Ayat2 Al-Quran dgn tujuan menang dalam berhujah semata2 walaupun kebenaran masih belum jelas di pihaknya.......

    Guru aku berchula 4 dan tak akan sesekali menerima hitam 6 kerana hormat kepada guru2 yang lebih senior dan yang mendapat pengiktirafan dari ADMAR sendiri. Jadi,beliau tak akan tergolong dalam golongan Murahguru2 tersebut. Cg Amir Hamzah di Ipoh tu pun rasanya belum lagi berchula 6.....jadi eloklah sedara betulkan fakta tersebut......xpasal2 mengamuk pula geng2 gayong serantau tu.....

    Aku pula biarlah sama ngan Wak Adi tu....hitam mulus jer sbb bg aku pelajaran itu lebih penting daripada bengkong yang dipakai......

    Kalau nak berjumpa sgt tunggulah aku balik kampung isteri aku di Kedah dulu......tp jgn pula berdalih2 bila aku ajak berjumpa......

    ReplyDelete
    Replies
    1. same la ngan cikgu kite... hitam 4 jer... same org ker? cikgu amin rasenye pakai hitam 5 jer.... b4 bguru dgn cikgu amin, cikgu kite soh korek rahsia2 dri cikgu amin... org lame n atr yg paling rapat dgn ADMAR

      Delete
  47. salam. cikgu panji alam, adapun hujah yg menggunakan ayat2 quran adalah merujuk kepada adab dalam berkomunikasi, bukanlah untuk mem'back up' sape2.

    jika prinsip guru kepada cikgu panji alam x menerima hitam 6 kerana hormatkan guru senior, x bermakna org lain yg menerima hitam 6 x hormatkan guru senior, x bermakna mereka derhaka atau x bermakna mereka x layak. sedangkan kelayakan untuk penerima bengkung pun berbeza mengikut negeri dan badan kejurulatihan sesuatu tempat.

    saya bukan nak mempertahan cg adi, tapi jika cg panji alam mengatakan dia hanyalah hitam mulus, apa krateria yg cg panji alam gunakan? mungkin kita x tahu yg cg adi ada sambung belajar sehingga melayakkan diri untuk hitam 6, wallahualam.jika ada pihak yg mendakwa certain cikgu hanya layak untuk tahap bengkung tertetu, apa buktinya? adakah mereka buat ujian atau sekadar kata2 atau sekadar pemerhatian bertahun2 dahulu.

    cikgu amin dah dapat pn hitam 6 masa majlis malam pendekar gayong serantau di kepong, termasuk cg tahar bangsar dan cg mufti ansari dan guru lama yg lain.

    ReplyDelete
  48. Itu lah yang dikatakan Sistem Bengkong yang Carca Marba.....chek det sendiri faham dan akui yang sukar utk kita klasifikasikan pemegang2 bengkong dalam silat seni gayong ni sbb Murahguru2 ni kebanyakannya mereka buat mcm gayong ni mak bapak diorang yang punya...... korang masih keliru dengan maksud kenyataan aku sbb korang baca dalam situasi negatif segala apa yang aku utarakan.satu lagi contoh kepincangan dan kekalutan yg melanda pssgm. Time bagi sandang pelangi hitam dan singa malaya. Apa kejadahnya sang katak tu boleh di bagi singamalaya sedangkan baru jer setahun jagung dalam pssgm.terlalu hebatkah sgt sehingga tiada guru dalam pssgm ni yang layak berbanding si katak tu?ataupun ada kerang busuk dalam mee goreng?

    Berkenaan cg amir hamzah tu diluar pengetahuan aku sbb itu majlis gayong serantau....aku tak pernah ambik tahu,diorang ni semua kapal lain dan ada nakhoda sendiri.

    Kita perlu seorang atau 2-3 orang shj hitam 6 sbb xmau jadi ketidakkeruan seperti la ni. Masing2 mau jadi Mahaguru. Masing2 buat cara dan kaedah sendiri. Kalau hanya ada seorang atau2-3 orang yang memiliki bengkong tertinggi sebagai guru utama maka keegoan Murahguru2 tersebut boleh dikurangkan. Sehebat mana murid Gayong tersebut pakai shj hitam 5 sbb kita mahukan kuasa dan kredibiliti buat ketua atau pemimpin dalam Majlis Kegurulatihan.Walaupun mungkin Murahguru anda tidak sebegitu,yang baki lagi dalam 30 org tu bukan kita dapat kenalpasti watak dan perangai mereka.Ini hakikat yang perlu kita terima....Memakai bengkong yang tinggi secara automatik kuasanya juga jd tinggi.suara mereka sering didengar dan diguna pakai.bila dah ada 30 orang maka 30 suara yang akan keluar dan pastinya akan ada perbezaan pendapat yang ketara.Akhirnya sebarang kata putus tak akan dapat dibuat dan masing2 akan buat cara masing2.......ini sebenarnya yang telah berlaku di dalam pssgm.....

    ReplyDelete
  49. sbnrnya cg panji alam,mmg xperlu pun ramai2 yg hitam 6. kalau terer, pakai bengkung apa pn org tahu hebat. contohnya cg jebat abd majid, sy pernah tanya kt sorg guru gyg pusaka, dia pn xtahu cg jebat tu bengkung apa. tapi apa yg org tahu, ilmunya sgt tinggi.

    cumanya lepas ni patutnya dh stop pengeluaran hitam 6. tunggu bila dah pmgg hitam 6 dah x ada, bru naikkan yg hitam 5 ke 6, tu pun kena dinilai dahulu sahsiah dan peribadi. bengkung2 yg bawah pn mcm tu juga kena buat. di salah satu glgg, guru memilih siapakah antara anak murid yg boleh ambil UJIAN bengkung merah based on sahsiah semua. baru la yg pakai bengkung tinggi2 ni dr golongan yg berilmu dan mempunyai sahsiah yg hebat.
    kalau x, pakat ramai2 amek ujian, ramai2 pass. lps tu jadi samseng sume.haha

    yg berkenaan sandang singa malaya tu, sy pn xtahu apa rasionalnya diberi kepada org tersebut.

    ReplyDelete
  50. Bukan xboleh pakai atau xboleh dibagi pada anak2 Gayong yang lebih junior.Cuma kita perlukan hitam 6 sebagai simbolik kepada pelajaran Gayong itu sendiri. Xperlu ramai kerana mereka2 inilah yang berkuasa penuh terhadap sistem pelajaran dan bengkong serta kejurulatihan silat seni gayong. Mana mungkin dalam sesuatu organisasi mempunyai ramai ahli yang mempunyai tahap kuasa dan pangkat yang sama. Pastinya huru hara organisasi tersebut.

    Dalam Gayong,ilmu dan pelajaran peringkat hitam hampir tiada bagi kebanyakan negeri.Yang pastinya kenaikan bengkong berdasarkan senioriti, sumbangan dan pengaruh semata2. Jadi apa rasionalnya nak bagi sampai hitam 6? Berapa org yang terima hitam 6 dgn ADMAR? Jadi hitam 6 ini sepatutnya dikawal dan biarlah dipakai kepada guru2 Gayong yang memimpin pelajaran Gayong agar ianya dapat dijadikan rujukan dan simbolik kepada ilmu Gayong itu sendiri.

    Itu belum cerita yang kenaikan ke bengkong hitam pun tiada ujian.....hanya anugerah semata2......

    ReplyDelete
  51. Panji Alam, Panji Alam...

    Sabar ye...Ambil wudhu, solat sunat, baca Al-Quran...(Jangan buat junjung je masa Perlimau Tapak ye..)

    Sabar..sabar...hehehe...jangan dedahkan kelemahan diri...

    Sabar...sabar

    ReplyDelete
  52. Saya mencadangkan saudara Panji Alam selesaikan masalah ini dengan Cikgu Adiwijaya (PSSGM), Pak Andak Majid(Pusaka Gayong), Cikgu Husin (Pasak Gayong)...kerana ketiga-tiga pertubuhan ini wujud zaman ADMAR...

    Buat satu perjumpaan rasmi...berbincang...berikan pandangan pro dan kontra...hasil perbincangan...kongsikan di blog ini dan dokumenkan...Insya Allah...saudara adalah PENDEKAR yang sebenar...Berani kerana benar, Takut kerana salah...

    Kalau saudara berani...Saudara adalah guru saya..dan saya mahu berguru dengan saudara...

    Kalau tidak...seperti yang saudara Chek Det kata...tiada apa yang berlaku....

    ADAKAH ANDA BERANI WAHAI PENDEKAR MELAKA ?

    :)

    ReplyDelete
  53. Masalah sistem ini berlaku selepas pemergian ADMAR. Pak Andak sendiri pun cuma berchula 3 shj semasa beliau menubuhkan Pusaka Gayong. Oleh itu penganugerahan bengkung berchula 6 ini wujud berleluasa selepas itu.jadi ianya tiada kaitan yang jelas utk merujuk kpd ketiga2 pertubuhan ini.Ianya hanya tertakluk kpd sistem bg setiap pertubuhan itu sendiri. Namun pusaka Gayong telah mengamalkan suatu sistem yang terbaik berbanding pssgm dan pasak singapore.Dalam pusaka cuma 3-5 org shj yg berchula 6 kerana menjaga kuasa dan simbolik ilmu dalam pelajaran mereka.merekalah sebagai pakar rujuk walaupun mungkin ada lebih seratus guru yang bertaraf senior....mereka pilih yang senior dan terbaik shj.....berbeza benar dengan amalan pssgm....bengkong hitam dan sandang2 kebesaran bersepah2 dibagi seolah2 ianya langsung tidak bernilai........

    ReplyDelete
  54. Sebab itu saya minta Panji Alam rujuk ketiga-tiga guru ini...buat perbincangan yang berhemah...

    Saudara berbicara seperti saudara benar-benar faham tentang pelajaran Hitam...

    Sabar saudara...saudara dilihat sebagai seorang yang melihat bengkung sebagai simbolik pelajaran gayong..

    ADAKAH ITU SIMBOLIK YANG SEBENAR ?

    Saudara berkata menerusi anggapan dan andaian, bukan berdasarkan fakta dan kefahaman...

    Saudara kena banyak belajar lagi...Saudara masih tak faham apa itu GAYONG...saya nasihatkan saudara belajar lagi..banyak yang saudara tidak tahu dan saya pun masih belajar...apepun sabar...kerana banyak hikmah orang bersabar..bersabar bukan bermaksud bacul tapi ..berfikir dan berfikir...

    ReplyDelete
  55. Namanya dah simbolik bukannya aku cakap HAKIKAT ILMU......sedara tapakyoi hanya bercakap berdalih2 tetapi langsung xmasuk topik sebenar apa yang aku bincang. Kalau aku cerita pasal simbolik dan korang cerita pasal hakikat......mmg jauh perbezaannya......

    Kalaulah bengkong itu tidak dianggap sebagai SIMBOLIK ILMU atau tidak penting masakan ADMAR seorang yang boleh pakai hitam 7? Adakah ilmu ini dia yang punya? Masakan tiada anak murid ADMAR yang akan lebih hebat dari beliau?

    Sedara sendiri pun banyak beranggapan berdasarkan penulisan aku yang dalam 2-3 hari ini,bagaimana sedara tahu aku faham atau tidak apa itu Gayong? Setiap manusia ada pentafsiran sendiri mengikut keilmuan masing2.Jadi penyataan sedara seolah2 maksud Gayong itu terlalu rigid......

    Aku cerita pasal pelajaran hitam sbb mmg kebanyakkan negeri tiada silibus hitam.Itu FAKTA! Ko pulak dok sibuk cakap konon aku terlebih tahu. Lu wat survey dulu apa yang aku kata.Jgn terburu2 nak keluarkan hujah.Jgn jatuhkan martabat sedara sebagai pensyarah tapi berfikir macam org xde pelajaran. la ni cuba sedara pulak pegi tanya guru2 lain selain guru yang sedara pelajari.Keluarlah dari kepompong budaya bodoh sombong..........

    ReplyDelete
  56. Bagaimana nanti jika orang itu dah punya cukup ilmu (pada perkiraannya) tetapi tidak diberikan cula 6? Bagaimana jika dia nanti keluar lalu menubuhkan gayong yang baru?

    Sampai bila pun kita tak akan dapat menjadikan semua orang bersetuju dengan sistem. yang tak setuju tetap ada. Saya cadangkan saudara Panji post cadangan ni di facebook PSSGM dan di sana lebih ramai pembaca yang boleh beri pandangan yang lebih baik dan tepat. beberapa orang ini mungkin belum cukup arif tentang sistem PSSGM.

    Jujurnya kalau baru beberapa tahun bersama PSSGM dah diberi sandang yang tinggi memang saya tak setuju. Kesian dia diberikan ujian seberat itu oleh Allah dan kita diuji juga.

    Cadangan saya supaya ilmu Islam dijadikan silibus wajib dalam PSSGM boleh pakai tak?

    ReplyDelete
  57. sekadar berkongsi cerita.saya ada chating dgn cg mufti beberapa minggu lepas dan antara soalan yg saya pernah tanya kt beliau adalah siapa yg pernah dpt hitam 6 dr admar. cg mufti kata yg dia tahu 3 org, pak ndak, cg awang dan cg husin singapura. dia pernah nampak cg majid pakai hitam 6 semasa beliau pergi jumpa dato' (saya x pasti masa beliau pergi nak tambah ilmu atau ambil ujian hitam)

    ReplyDelete
  58. Memang Pak Andak dan cg Awang dapat chula 6 ketika hayat ADMAR ketika dalam Pusaka Gayong. ADMAR sendiri mengaku yang beliau merupakan Mahaguru bg dua pertubuhan silat Gayong. Pak Husin utk Gayong Singapore dan Arwah cg Kalsom untuk PSSGM.Maknanya ADMAR sendiri mengawal bilangan hitam 6 sedangkan masih ada Gurulatih2 Kanan beliau yang hebat2 seperti cg Mat Jepun,cg Badek,Menantunya cg Mat Yazi, Singamalaya cg Amir Hamzah, arwah Mat lazim. Namun hanya diberi chula 3,4 dan 5 shj.... Korang semua boleh fikir2 kan.....

    Tentang yang dah rasa cukup ilmu yg buka gayong sendiri tu banyak yang sudah berlaku.Tak semestinya berbengkong hitam chula....bengkung hijau dan merah pun dah ramai.Mereka2 ni syok sendiri dan merasakan diri mereka sudah hebat yg bertaraf Mahaguru.

    Cadangan sedara Fakir cukup baik sekali. Semestinya perlu ada silibus yang berkaitan ilmu Islam. Memang asalnya ada dalam ilmu Gayong tetapi kurang ditekankan oleh ADMAR sendiri.Ayat 9 sendiri berpunca daripada Sahabat Nabi SAW yang amat dekat. Dibacanya ketika ingin berjihad perang.Mentera2 Gayong juga banyak yang berunsurkan Mengenal Diri dan Allah. Sebenarnya perlu ada kelas2 khusus bagi menghayati setiap bacaan mentera yang banyak berkisarkan ketauhidan pd Yang Esa. Barulah kita amal dan faham serta mampu untuk menyelami setiap maksud mentera yg dibaca.Barulah ROH kita kuat....maka batin secara xlangsung juga akan kuat.

    Cukup baik sekali geng2 Kelab ssg subang jaya. menerapkan hafalan ayat2 Al-Quran dalam silibusnya. Kita juga dalam pssgm sepatutnya ada seorang dilantik sebagai ketua hal ehwal Islam....kita buat satu sandang khusus dan bagi kepada guru2 Gayong yg benar2 berlatarbelakangkan pendidikan Islam.

    Setiap Majlis Adat perlu dirujuk kepada Mufti agar ianya jelas dan mendapat hitam putih akan keputusan dari pejabat Mufti sendiri.

    Sebenarnya idea boleh dikeluarkan berbakul2 tetapi utk melaksanakan itu amat payah kerana ia mesti melibatkan komitmen dari semua pihak. Nak selaraskan silibus pun satu Malaya bergegar....masakan nak tambah silibus baru....apapun cadangan sedara fakir merupakan satu cetusan idea yang amat baik dan aku amat setuju 200%.........

    ReplyDelete
  59. Ilmu ISLAM mengatasi segala ILMU termasuk ilmu gayong sendiri..

    Jika benar-benar saudara panji alam memahami ISLAM maka istilah murahguru-murahguru ini tidak patut wujud...

    Panji Alam harus ingat, mengutuk guru adalah sesuatu yang terkutuk dan ini telah dijelaskan oleh saudara Fakir sendiri...

    Bagaimana orang seperti saudara ingin memahami agama sedangkan memahami adab berguru pun saudara tidak faham?

    Saudara panji alam...saudara panji alam...anda yang menimbulkan masalah...orang seperti anda tidak pernah puas...

    anda berkata saya bodoh sombong....anda menuduh lagi...anda boleh merujuk kepada PSSGM Perak...adakah benar saya berada dalam kepompong sahaja...jangan anda tersalah berbicara kelak menempah binasa...orang seperti anda tidak akan faham...dan sampai bila tidak akan faham...

    JANGAN PANDAI BERKATA SAHAJA...

    ReplyDelete
  60. Anda menuduh lagi negeri-negeri lain tidak mempunyai pelajaran hitam? negeri manakah yang anda masukkan?

    Adakah anda pernha terlibat dengan Majlis Gurulatih negeri-negeri?

    Tuduhan anda ini melampui batas...jika anda benar benar berani..Nyatakan negeri mana yang anda masukkan...

    JANGAN PANDAI BERKATA...

    ReplyDelete
  61. Jangan marah2 tapakyoi....nanti kena jual.... sedara dikira bodoh sombong sbb setiap apa yang aku utarakan sedara xselidik betul2....hanya komen mengikut pemikiran dan hawa nafsu sedara aje. Pelajaran hitam dalam pssgm hanya setakat bercakap di bibir sahaja....hitam kena tahu itu dan ini,kena belajar itu dan ini....tp secara teknikalnya cakap mcm tin kosong.....bila bercakap bergegar satu malaya....tp bila praktikal tendang target terhuyung hayang mcm org baru belajar.....

    Bagaimana nak susun silibus hitam kalau kebanyakkan yang pegang Majlis Gurulatih pun hitam dapat secara anugerah shj.....Contoh di Selangor,berapa orh gurulatih yg dapat hitam direct ngan ADMAR?cg Kahar sendiri dapat hitam dengan siapa? belajar silibus hitam dgn siapa?

    Sekarang ni trend mencipta buah2 baru dalam Gayong.....mcm2 kursus di buat...Rajawali,Yoi,Selayang Pandang,Kipas Nandong,Kerambit,Tekpi dan macam2 lagi......persoalannya adakah ianya original dari ADMAR yg ajar atau kononnya ilham menyusul zahir semula?kalau diorang belajar belajar ngan sapa?

    ReplyDelete
  62. Tidak pernah marah...
    Kalau marah masakan pula saya mengajak saudara berdiskusi..tetapi saudara yang enggan...tetapi saudara yang berdalih...

    Sebagai contoh Pelajaran yoi guru saya peroleh jangan dihina wahai panji alam...walaupun guru hamba berguru dengan cikgu kahar... namun saudara kena ingat...pelajaran hitam guru hamba juga adalah direct dari Cikgu Husin Kaslan Singapore...

    Panji Alam jangan banyak berdalih..bercakap bagai nak rak tetapai tanpa usul periksa...

    Sekiranya pelajaran hitam guru hamba dihina, panji alam harus menanggung dosa menghina pelajaran Cikgu Husin Kaslan sendiri...saudara Panji Alam memang anak gayong kejam...BERTAUBATLAH...MOHON AMPUN KEPADA GURU-GURU YANG PANJI ALAM HINA...

    INGAT...YANG BENAR TETAP BENAR...

    Jangan mendabik dada pandai menaip di keyboard sahaja..

    Sahut cabaran hamba...Mengadap semua MURAHGURU...Panji Alam sendiri yang berterus terang dengan mereka...

    Jangan jadi PENDEKAR BACUL...atau PENDEKAR BIADAP...BUTA ADAB

    Sekian dari saya...Orang seperti anda tidak patut ditemui...jika ada klausa undang-undang perlembagaan gayong yang boleh digunakan...anda mungkin saya heret ke medan pengadilan...

    Namun saya sedar..ORANG MELAKA YANG BIADAP SEPERTI ANDA..MUDAH MENGATAKAN ITU MURAHGURU INI MURAHGURU...TUNGGU ...ANDA AKAN TERIMA AKIBATNYA...

    PANJI ALAM..PANJI ALAM..Selagi ada masa..mohon maaf kepada guru-guru ini..terutamya guru saya...anda BIADAP

    ReplyDelete
  63. Aku dah cakap aku xpernah state nama sapa2 yang bergelar Murahguru.....ko jer yang terlebih sensitif kalahkan pompuan......kalau dah rasa guru ko tu betul,go ahead.....berapa kali aku nak cakap....xfaham2 tol lah budak sorang ni....

    Aku sembang benda lain ko dok sibuk pertikai benda lain.Aku mintak ko pegi survey dulu,belum apa2 dah bagi komen kat sini......pergilah jumpa guru2 di negeri2 lain....tanya elok2 diorang tu.....betul ke segala yg aku ckp ni.... kalau nak tahu bab pelajaran gayong bagaimana ianya berkembang,leh jumpa Pak Andak atau cg Awang.....mereka ada di singapore,kedah dan air kuning......3 pusat latihan tertinggi silat gayong. Pak Husin tu mmg aku xpertikai kewibawaannya sbg wakil mahaguru di Singapore, tapi sejarah penyusunan silibus dan perkembangan gayong di tanah melayu beliau tidak terlibat. Sedangkan silibus gayong mula dikumpul dan disusun rapi pd penghujung 60-an.Jd Pak Husin kurang terlibat....Jarang2 mereka datang satu rombangan ke taiping dan ada kalanya ADMAR akan turun ke singapore...itu jer. Asal buah mereka cuma 7 dan dikembangkan oleh Pak Andak dan Cg Awang menjadi 21. Kemudian mereka pula datang belajar yg buah susunan 2 tokoh pusaka Gayong ini....

    Kalau xpercaya pergi sendiri jumpa cg Awang....jumpa dulu..sembang elok2 baru bg komen dlm post ni......itu baru betul cara org intelek,org akademik........tanya cg Awang,di selangor tu sapa perkenalkan seni Rajawali....ADMAR atau cg Awang sendiri? Buah kombat Selangor tu siapa yg susun? Buah kunci pisau Selangor tu ada sesetangahnya tidak bersifat buah kunci.....cuma bersifat macam elakan atau kombat shj.....siapa yg susunnya? kenapa tapak menanti Pak Andak dan Arwah Mat lazim berbeza.....Pak Andak menanti selari dan arwah mat Lazim menanti kekuda kanan belakang.....Siapa yg dipertanggungjawabkan utk menyusun silibus Gayong pd era 60-an, 70-an, dan 80-an?

    Biarlah korang tahu sejarah ini semua dan barulah korang nampak segala kepincangan yg telah berlaku kini.......cuba tenangkan diri dan hayati setiap kata2 aku dalam post ini......

    Aku doakan agar tapak yoi dapat berfikiran matang dan rasional dalam menilai setiap isu yg aku lontarkan.Aku bukan saje2 yang kasi kecoh tapi inilah hakikat yang perlu Anak2 Gayong seantero dunia kena tahu dan ambik iktibar.....

    ReplyDelete
  64. Sentiasa rasional...tapi kamu yang tak paham...segala kepincangan bukan bermasalah...kamu yang bermasalah...

    Mengatakan mudah murahguru sana murahguru sini...siapa kamu menentukan siapa murahguru...

    Jangan cakap sebarangan Panji Alam..kamu yang melontarkan kata-kata kurang ajar...kamu yang patut diajar..orang seperti kamu yang merosakkan GAYONG

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum

    Sebelum saudara2 Gayong mengeluarkan kata2 yang lebih tidak manis, lebih baik beristigfar dan ingat kembali akad Gayong kalian. Kadang2 rasa bersalah juga tengok saudara Segayong menuding jari antara satu sama lain.

    Ini bukanlah masalah yang besar sebenarnya. ADMAR sendiri pernah meramalkan Gayong akan berpecah dan Gayong akan kembali teguh seperti sepatutnya.

    Jika ada yang terasa dengan guru2 yang berbengkung hitam bercula 6 tapi seni permainannya tidak sampai ke tahap yang disangka,tidak perlulah dikisahkan. Ambillah ilmunya mana yang boleh dipakai. Selebihnya terpulang pada niat.

    Jika ada keraguan, masih ramai guru2 tua yang boleh dirujuk seperti Cikgu Edzhar Abbas,Cikgu Zainal, Cikgu Sani, Pak Andak Majid dan lain2.

    Saya sayangkan Gayong. Mungkin ada yang menyimpang dan menggunakan Gayong sebagai platform menonjolkan diri dan sebagainya tapi bagi saya, alangkah baik ilmu Gayong ini dipelihara. Biarlah berbengkung rendah. biarlah orang nak cakap tapi tapi ilmu Gayong ini kekal aslinya.

    Maafkan jika terkasar. Cikgu saya pernah kata, Org Gayong ni sebuas harimau luarannya tapi dalamannya tetap manusia... terluka bila ada yang tak kena. Maaf sekali lagi...

    ReplyDelete
  66. Gayong ni sejak dulu lagi bermasalah yang dicetuskan oleh anak2 gayong jua....... kalau tidak masakan wujudnya pusaka gayong, gayong warisan,gayong pasak dan yang terbaru gayong serantau.........kalau nak tahu lanjut tentang sejarah perkembangan gayong ni tapak yoi bolehlah mengadap tok mail.......beliau antara org lama gayong yg aktif di singapore dan tanah melayu. anak murid gayong yg ke-9 dapat bengkong hitam dari ADMAR......

    ReplyDelete
  67. Assalamualaikum

    Cikgu Panji Alam janganlah terasa dengan Tapak Yoi. Mungkin di antara kita ada yang misinformation di mana2. Sama2 la kita carik titik pertemuan untuk menyatukan Gayong.

    Insyallah,kalau btul niatnya, betullah...

    ReplyDelete
  68. Tolong jgn panggil aku cikgu,panggil ajer panji alam. Aku tak pernah nak marah pada tapak yoi sbb aku faham yang tapak yoi perlu mengambil masa untuk menerima setiap isu yang aku lontarkan.Jadi,biarlah masa yang akan menentukannya......aku hanya berdoa.......

    ReplyDelete
  69. Salam.. Panji Alam pernah dengar Bengkung Khas Gurulatih?

    ReplyDelete
  70. Cikgu Mat Nor Johor pernah terimanya dari ADMAR....bengkong yang benar2 mengiktiraf pelajaran/kemahiran seseorang guru gayong oleh ADMAR......

    ReplyDelete
  71. Yang saya tau, kalau x silap Cikgu Nordin (Perlis) dan Cikgu Amin (Perak) pun ada terima bengkung tu..tp apa bezanya dengan Hitam Cula 6? Knpa xramai yg ada dn kenapa kalau ia benar2 mgiktiraf guru2 tersebut, mereka tidak dijadikan rujukan atau panduan?

    ReplyDelete
  72. Penerima bengkong khas jurulatih atas faktor pengamatan ADMAR sendiri terhadap pelajaran dan kemahiran Guru2 yang berkaitan. Beza antara bengkong hitam 6 sekarang dan bengkong khas jurulatih yang ADMAR iktiraf adalah bengkong khas jurulatih dipilih sendiri oleh ADMAR daripada golongan pemakai bengkong hitam yang benar2 hebat dalam pelajaran dan mempunyai kemahiran khusus manakala hitam chula 6 sekarang tidak lebih hanya dipakai oleh golongan senioriti,banyak sembang yg dia hebat, ada yang pelajaran Gayong pun xhabis belajar, pandai bodek,pentingkan title dan banyak lagi.......

    ReplyDelete
  73. Terima kasih kerana sudi berkongsi =) Seperkara lagi, saya pernah diberitahu sepatutnya penganugerahan tali pinggang hitam bukan di bawah kuasa majlis gurulatih negeri tetapi di bawah kuasa pentadbiran Majlis Gurulatih Kebangsaan..adakah ia tidak dilaksanakan?

    Saya ingin berkongsi pandangan dengan semua saudara segayong tentang kaedah kawalan pengiktirafan talipinggang tertinggi dlm satu beladiri bukan silat iaitu Aikido. untuk mendapat 'DAN = Cula' yg tertinggi pemilihan di Jepun akan diadakan setiap tahun dimana ia perlu DIPOHON dan DISEMAK tahap kelayakan pemohon tersebut..diantaranya memegang DAN sebelumnya untuk tempoh minima tertentu.. kemudian KEMAHIRAN pemohon akan diuji oleh barisan pemegang DAN tertinggi yg xkurang dari 5 tahun! Ada tu dah memohon lebih 5 kali masih xlulus! Cukup tersusun dan bersistem.. Alangkah indahnya jika Silat Gayong mampu melaksanakan seumpamanya..

    ReplyDelete
  74. Itulah sepatutnya dilaksanakan...barulah ianya tak jadi carca marba.....setiap kenaikan CHULA kena bagi tempoh 3-5 tahun.itu pun kalau lulus semua syarat kelayakan.barulah xde org muda bermegah2 dengan chula berbelang2....bayangkan umur baru masuk 30 tahun dah hitam berchula 5.... masuk akal ke?hebat sgt ke?terlalu banyak pelajaran sgt ke?terlalu banyak jasa ke?korang pikiaq lah sendiri..........

    ReplyDelete
  75. Terpulanglah pada empunya diri...apa yang dicari, dan apa yang ada dalam diri..hanya diri sendiri dan Penciptanya yg lebih tahu.

    ReplyDelete
  76. salam,maaf sebab x sempat baca komen2 yg lain..
    pasal cepatnya naik bengkung-g kursus dah naik bengkung..tp pelajaran dah lupa.
    peringatan kepada diri sy dan juga anak2 gayong sekalian..selalu lah berlatih..mantapkan pelajaran,walau pun hanya latihan tapak gayong..sebab jika tapak gayong x mantap/hebat..hancur semua tapak permainan senjata..itu sbb ia dipanggil asas..asas x kuat hancur,akar x kuat tumbang pokok itu..bila tinggi bengkung,maka tinggi tanggungjawab yg harus di bawa..bengkung x menunjukkan hebat nya seseorg.."campak je bengkung tu kalau kualiti tiada" petikan dari seorg guru yg saya kenal..ni bengkung bercula 4,tapi bertumbuk ngan sorg keling mabuk patah 2 jari,memalukan sungguh...mungkin empunya diri lagi tau,tetapi pandangan anak2 gayong yg baru bergayong x kisah umur dia berapa pun,akan anggap apa..sy kata x cukup latihan je,bila tinggi bengkung lagi berganda2 latihan yg patut sesorg tu buat..bukan menngharapkan latihan di gelanggang.
    tp klu latihan gelanggang pun dia yg mengajar,tu yg perut makin besar..contohi cg.majid,masih lagi hebat bersilat.walau umur dah menjangkau usia 70(saya x pasti berapa skrg,72 kot)..

    ReplyDelete
  77. salam,panas rupanya komen2 di atas..sy hanya bleh tersenyum..sy hanya boleh kata kaji salah silah guru kita..tgk susur galurnya..dengar cerita dari beberapa pihak..(guru2 lama)bru kita akan duduk dan tersenyum..

    ReplyDelete
  78. salam sekalian

    ya,saya juga ternyata memihak saudara panji alam.Patutnya kita ada dewan tertinggi gayong.Ahlinya patut terdiri daripada Abdul Majid Mat Isa, Ramli Mat Arof, Awang Daud, Ismail Chik, Ibrahim Abdullah, Mohd Khir Saad, Mohd Desa Din dan Ahmad Lazim.sebab depa yang mengembangkan dan dapat amanah dari ADMAR utk kembangkan gayong.

    ReplyDelete
  79. takyah gadoh2 la. jom ramai2 keluar gayong . senang . banyak lagi silat lain yang hebat2 ade kat tanah melayu ni. kalo dah benci sangat same murahguru, keluar je dari gayong . ni dok sibuk nak cari jalan nak menghamun orang tak tentu pasal. makin belajar makin bodoh kurang ajar pulak.

    ReplyDelete
  80. dah puas bace n ulang post tuan panji alam... xde pulak di'highlight' mane2 name guru yg dapat chula 6.... saya pasti, tuan panji alam tidak bermaksud kepada guru2 yg layak sebaliknya kepada pemegang bengkung yg tidak layak atau low standart.... kenapa tapak yoi nak melenting? saye penah belajar di perak... pernah membantu gelanggang... pelajar yang saya ajar berbengkung putih nak naik hijau.... tapaknye saya tlong betulkan... buahnyer saye tolong ajarkan.... hari ini.... selepas 10 tahun, pelajar itu pakai bengkung hitam cula satu.... saya masih pakai bengkung yg sama saat mengajar die dulu... (belajar je, x kisah nak naik bengkung)... ramai lagi senior yg belajar berpuluh tahun, baru naik hitam pelangi.... saya pasti... senario ini yang tuan panji alam maksudkan.... guru saya atr group terawal belaja gayong di kl/selangor yg dapat direct dari tangan ADMAR masih pakai bengkung hitam 4 jer....huhuhu... "ape ade pada bengkung...." katanya....

    ReplyDelete
  81. Assalamualaikum WBT,saya setuju dengan tuan,ia bukan lagi pendapat,bukan lagi ayat pernyataan malah ia memang menjadi FAKTA, oleh yang demikian saya ingin menemui tuan untuk kita berkongsikan lagi maklumat untuk diperhalusi dan diperjelaskan supaya menjadi panduan yang jelas agar tidak menjadi sesat di hari muka. Saya berhasrat untuk berjumpa dan berbincang dengan tuan andainya tuan bersetuju dan saya amat menghargainya...ini nombor telefon bimbit saya : 013-222 8300 -Abd Rahim-Kajang,Selangor-

    ReplyDelete
  82. Ikot mana pon pusaka gayong main lagi best...siap ada backflip lagi

    ReplyDelete
  83. Belom pernah gayong lain main ngeri spt kehendak dan idaman admar,kecuali pusaka gayong yg hamba lihat...dari cg awang daud dan pak ndak majid,terus kepada generasi kedua cg jebat,cg mat wahab,cg din beruang,arwah cg zulkarnain awg daud...semua fit-fit belaka

    ReplyDelete
  84. assalamualaikum cikgu-cikgu semua....saya juga anak gayong...baru sangat...x pernah jumpa admar...belajar gayong pun dari generasi pelapis yg ke berapa pun saya x pasti...saya belajar gayong di kelantan...saya baca semua komen cikgu2 sekalian....saya pernah tinggal d johor....pernah bergelanggang di sana...pernah juga tinggal di selangor...juga bergelanggang di selangor...pernah menjelajah gelanggang yg ada di negeri selangor....pernah bertanya...pernah dgr cerita tentang gayong dari setiap guru gayong yg ada ....bermacam2 cerita...belajar dari mereka...ada yg tangkas...ada yg kasar....ada juga perlahan...tpi gerakan yg sama...saya ambil semuanya tanpa saya kira guru itu ambil dari sape...bagi saya hebat ilmu itu bukan dari hebatnya guru...hebatnya seseorang itu dari dirinya sendiri...saya balik dan membuat latihan demi latihan...berpandukan setiap gerakan dari setiap guru...saya kagum dgn semua mereka..ada kebaikan dari setiap seorang....walaupun mereka bercerita tentang seseorang lain...saya hanya mendengar tapi saya tak pernah ambil pusing tentang ketidaksehaluan mereka...kerana saya yakin suatu hari gayong akan bersatu...dan saya sekarang menyantumkan semua sekali dan praktikan d tempat saya semua keistimewaan semua guru2 gayong yg saya jumpa...amat istimewa sekali cantuman ilmu tersebut....walau sedikit...tpi bermakna..walau saya tidak berjumpa sendiri admar...tpi saya yakin gayong amat hebat ilmunya...saya tidak pernah memandang jengkel pada semua guru2 gayong..walau mereka tidak sehaluan...mereka tetap org tua2 gayong yg harus kita hormati dan sanjung....mohon beribu maaf dari sekalian cikgu disini kiranya patah kata saya menghiris hati perasaan cikgu sekalian.....saya insan bodoh dan ketandusan ilmu gayong menyampuk kata2 cikgu sekalian dlm perbincangan...semuanya ada kebenaran...dan kebenaran itu akan jadi lebih utuh kiranya cikgu sekalian bersatu kata, sedaging, sedarah, sejadi...biar la guru2 lama dgn cerita mereka...kita generasi baru memulakan kisah baru demi generasi dan gayong sendiri....mohon maaf lagi sekali atas ketelanjuran saya berkata2...maaf..

    ReplyDelete
  85. Saya sangat setuju sistem bengkung dihapdetkan demi menjaga ilmu dan pelajaran gayong malaysia..☺

    ReplyDelete