Wednesday, October 27, 2010

ROKOK dan MURAHGURU..........

Ini satu hal yang memang meluat aku tengok.....diantara hitam 6 pssgm ada tergolong Murahguru2 yang sikapnya amat biadap dan tak jaga sahsiah diri. Ramai juga yang MEROKOK......apa MEROKOK? kenapa MEROKOK pun nak kecoh2 ni???????merokok ni bukannya HARAM kan.....lagipun ianya dah menjadi adat org lelaki di malaysia ni menghisap rokok. Inilah isu yang nak aku utarakan dalam blog aku kali ini.

Kalau dulu zaman ADMAR, siapa yang hisap rokok terutamanya dalam kursus Gayong.....dimaki secukup hati dan silap2 dihalaunya dari mengikuti kursus tersebut. Betapa seorang Mahaguru yang benar2 untuk mendidik anak2 Gayong semua agar dapat menangkis sebarang perkara2 yang negatif terhadap diri dan masyarakat. Maknanya anak2 Gayong bukan hanya mampu untuk menangkis sebarang serangan dan asakan musuh, tetapi termasuk juga mampu untuk menangkis anasir2 dan pelakuan2 yang negatif seperti MENGHISAP ROKOK.Semua yang berfikiran WARAS maklum yang merokok ini banyak yang negatif berbanding positifnya.

Tapi yang paling mengecewakan,ada segelintir Murahguru yang tanpa segan silu menghisap rokok di depan anak2 Gayong yang masih mentah dan ada yang masih belum akil baligh.Apa kejadahnya menonjolkan suatu perbuatan negatif tersebut di depan anak2 Gayong ini sedangkan mereka2 ini amat memandang tinggi kepada Murahguru2 berchula 6 ini.

Cadangan aku lah, Majlis Gurulatih perlu buat satu garis panduan. Tiada kompromi buat penghisap2 rokok. Kita sahut seruan kerajaan TAK NAK pada ROKOK........Bengkong Hitam buat anak2 Gayong yang cukup pelajaran dan mempunyai Sahsiah yang murni maknanya tiada ruang utk penghisap Rokok,samseng2, yang tinggal solat,kaki pompuan,kaki minum dsbnya..............

Tapi usaha ini memang mustahil utk dilaksanakan.......sbabnya terdapat segelintir Murahguru2 ini yang memegang jawatan dalam Majlis Gurulatih adalah penghisap ROKOK.....manusia2 yang tewas dengan agenda YAHUDI...............mengelak serangan musuh mmg hebat....siap ada Rajawali,Yoi, Kipas Nandung, Belian, Cendai, Sundang.......tapi dengan sebatang rokok.....alamak! kantoi dan terus rebah menyembah bumi..........

4 comments:

  1. Nanti aku cipta buah kunci time hisap rokok buat Murahguru2 yang perokok......ilham menyusul zahir semula.......

    ReplyDelete
  2. Aku cadangkan mana2 Murahguru yg penghisap rokok tu di lucutkan chula2 mereka.......dan juga kalau dah BMI melebihi 32....maknanya dah capai Obesiti.... kita nak belajar Gayong bukan nak belajar SUMO......betul tak?

    ReplyDelete
  3. Aiks,naper xde org nak komen topik ni.....cam tergigit cili jer....wakakakakaka

    ReplyDelete
  4. sah panji alam ni gila....hahahahaha aku rasa ko ni sebab dah lama sangat dalam gayong yang menyebabkan jadi tak betul ni...takpelah..at least bertambahlah statistik bilangan pesakit psikitarik kat Malaysia...ANDA ADALAH YANG TERBAIK

    ReplyDelete