Saturday, October 23, 2010

NASAB ILMU........Di mana Kesinambungannya?

Dalam menuntut ilmu, NASAB ILMU amat penting agar segala ilmu yang kita perolehi itu ada mendapat barakah daripada Guru2 terdahulu yang hampir kebanyakkan adalah daripada Para Wali yang bersambung Nasabnya dengan Nabi kita SAW dan para Sahabat Baginda........Tidak terkecuali juga ilmu2 Persilatan Melayu. Banyak amalan Wirid dan Doa diturunkan sebagai pakaian diri para pesilat. Dan wirid2 serta doa tersebut seboleh2nya di akad oleh guru2 yang benar2 mendapat tauliah ilmu agar ianya tidak terputus di pertengahan jalan.Persoalannya, dalam ilmu persilatan Silat Seni Gayong, masih ada lagikah Guru yang ditauliah yang mampu mengijazahkan sebarang ilmu2 peringkat tertinggi dalam Silat Seni Gayong termasuk Upacara Adat tertentu?

 Hal ini bukannya boleh dilantik sesuka hati atau melalui majoriti dalam Mesyuarat.....ianya perlu ada Baiah diantara Guru yang Bertauliah kepada pewarisnya.......dengan lain perkataan perlu ada LAFAZ AKAD dan TERIMA secara langsung atau tidak........

Siapa GURU dalam Silat Seni Gayong ini yang telah DITAULIAH dan MAMPU untuk mengijazahkan kepada murid2 Gayong akan segala ILMU dan AMALAN WIRID2 GAYONG? Yang pastinya Lembaga Waris Amanah bertujuh itu bukannya dilantik melalui AKAD TERIMA dari Pemegang Amanah sebelum ini........hanya dari persetujuan dari mesyuarat yang diadakan secara terlepas mulut yang hanya dihadiri oleh AJAK PUSAT PSSGM shj..........

Dalam soal Perlimau Tapak/Seni juga sudah hilang puncanya apabila AIR GAYONG yang digunakan bukanlah berpunca dari Sumber Air Gayong yang sebenar.......jgn ambik air longkang sudah lah...........Belum lagi diperincikan Pengijazahan Khatam 70 ribu Qulhu dan pelbagai Majlis Khatam yang lain......

Sebagai contoh amalan Gayong yang popular seperti AYAT 9........Siapa yang mendapat TAULIAH untuk mengijazahkan kepada murid2 Gayong yang lain. Aku cabar kepada MURAHGURU2 sekalian agar tampil untuk mengulas maksud dan siapa itu " +++++++ abu Hanifah " tersebut. Dan yang terpenting, bagitau susur galur ilmu ini di ambil......dengan siapa ADMAR akad dan dengan siapa Guru pada ADMAR akad dan sampailah seterusnya.................





1 comment: