Thursday, November 18, 2010

DI MANA HEBATNYA GAYONG?

Betul ke gayong ni hebat?di mana hebatnya?betul ke hebat?hebat sangat ke?pening aku memikirkan akan isu ini. Sejak zaman berzaman,silat seni gayong ini telah diklasifikasikan sebagai antara silat yang terhebat di Malaysia ini. Mempunyai pendaftaran yang tertua........Mahaguru yang disegani bertaraf PENDITA AGONG SILAT NUSANTARA.......sokongan padu dari pelbagai lapisan masyarakat termasuklah pihak ISTANA dan Kepimpinan Tertinggi Negara.............melahirkan tokoh2 guru silat yang hebat yang berjaya mengembangkan silat seni gayong ke seantero dunia...........HEBAT dan memang HEBAT! Cuma sayang seribu kali sayang, semua kejayaan tersebut lahir ketika hayat ADMAR..........

Segala kehebatan yang dikecapi semakin lama semakin terhakis. Kehebatan gayong kini hampir diarkibkan sebagai suatu lipatan sejarah cuma........

Namun jika diperhalusi, gayong ini masih hebat sebenarnya. Hebat dalam ertikata yang songsang maksudnya. Antaranya;
1. Ianya hebat sebab diterajui ramai Murahguru-Murahguru berpengalaman.
2. Hampir semua guru2 kanan ADMAR di zaman kegemilangan Gayong telah keluar pssgm baru untuk membawa haluan yang berbeza.
3. Sudah ketandusan juara2 kelas dunia dalam semua acara pertandingan silat (seni & olahraga)
4. Tiada suara dalam PESAKA mahupun PERSILAT.......jd pak turut jer..........
5. Mampu mewujudkan sengketa di antara ahli2 gayong sehingga mewujudkan lebih banyak bilangan pertubuhan yang berasaskan Silat Seni gayong
6. Mampu mensensasikan dunia persilatan di Tanahair dengan isu2 di Mahkamah.......yg masih belum selesai....
7. Menjadikan bengkong dan sandang sebagai alat untuk 'bodek-membodek'
8. Sebagai platform politik murahan.............
9. Mereka-reka pelajaran Gayong supaya org ramai menganggap mereka adalah hebat........
10. Menipu generasi baru dengan sejarah yang karut marut sedangkan buku "Mahaguru" tulisan Dato' Wan Ahmad Fauzi berkenaan sejarah Gayong sebenar dilarang jual di PSSGM Pusat dan tidak diiktiraf oleh Jawatankuasa Pusat.

Dan banyak lagi.Tunggu masa dan ketikanya akan disenaraikan lagi......cukup setakat ini dulu dan cubalah menghayati akan kebenaran setiap yang dinukilkan.........sama2 kita doakan agar gayong kembali hebat dalam ertikata hebat yang sebenar..............

1 comment:

  1. Sokong 60%. Tak semua macam tu. Tapi bagus sbb berani dgn kebenaran

    ReplyDelete